Objektif projek ini adalah untuk mewujudkan satu komuniti ICT (Information, Communications and Technology) di daerah Kuala Kangsar yang akan dikenali sebagai Komuniti ICT Kuala Kangsar (KIKK).
Setiap ahli KIKK akan mempunyai komputer peribadi (PC) serta mempunyai pengetahuan asas untuk menggunakan PC dan internet untuk memperbaiki kehidupan harian melalui ICT. Ahli KIKK akan disokong oleh sebuah pusat ICT di daerah Kuala Kangsar.
Bagi mencapai matlamat ini, KIKK akan fokus kepada tiga (3) pendekatan iaitu,
1. Menyediakan peluang untuk semua ahli komuniti memiliki komputer peribadi (PC) pada harga yang berpatutan.
2. Memberikan latihan dan ilmu pengetahuan untuk menggunakan PC dan internet untuk kegunaan harian.
3. Mewujudkan satu pusat ICT di daerah Kuala Kangsar untuk kemudahan ahli KIKK.
Kumpulan sasaran projek KIKK adalah
1. individu atau keluarga yang berpendapatan rendah serta
2. kumpulan pembeli PC kali pertama.
Matlamat projek KIKK adalah untuk mendapatkan 250 individu atau keluarga menjadi ahli KIKK.


